Wednesday, December 21, 2011
DAN APABILA..
itu la keadaan aku alami sekarang. amat susah di ganti yang lame. syg la kate kan. hee. tp tiade benda yg kekal dlm hidup kite ni kan. jd terus la bersabar mencari yg sesuai.
wahai telefon ku. jgn la buat hal time tak de duet ni ye. riwayat die sudah kian tiba. hampir 4 tahun pakai. jd, mula la menunjukkan ragam yg tak sepatutnye. rosak skit2. kemudian dtg dgn terus sekali.
1. mula2 mati2, sabar lg.
2. pastu cover belakang pulak tercabut. da tak bole pasang.
3. bateri menunjukkan keadaan yg betol2 ia perlu kan yg baru. tak pakai pn bateri abis! geram ni!!!!
4. paling ketare, keypad. tekan laen keluar benda laen. laen tekan, laen keluar. mmg la makin kuat tahap kesabaran aku.huhuhu..
dan apabila, ia disebut mahu dituka baru, sbb itu la die mula menunjukkan ragam. tp ckp je la. bkn nak tuka pn. jgn la merajuk wahai fone ku.
dan sekarang, terus bersabar menggunakannye :D
Thursday, December 15, 2011
baru2 ni, aku keluar dgn kawan aku, lame la berborak dgn die. lame tak borak, jd sedap la berborak. sekali tu ade gadis seperti di atas ini. memakai purdah la. aku tgk lame je. kawan aku tye, ko minat org mcm tu ke? aku tibe2 tergelak. hee. pada dasarnye, aku mmg suke tgk org pakai mcm tu. tp bkn setiap mase la. bg aku mcm ayu lg tersorok ke cantik kan die. hee.
kawan aku tye, kat malaysia ni, xd anak melayu yang nak pakai mcm tu. lg2 remaje. mmg agak mustahil la. memandangkan kalo tgk diorg pun kalo bole lg nak jln tak nak pakai pape. lg kan pulak nak pakai mcm tu. tp tak sume la. so, agak susah dan mustahil utk kenal org sebegitu. bg aku, tak kesah la mcm mane, janji sedap mate memandang. heee.
jadi, akur dgn ketentuan ALLAH S.W.T :D
- NO ENTRY-
berkawan lebih lame dari bercinta. jadi, bg aku, aku dan dia hanye la bole bersama sbg kawan je. ade kawan aku ckp,' barang baek mmg susah nak dpt'. tp kalo lame sgt menanti dan mencube, bole menipis rase itu. dan aku mula merasai itu sekarang.
bunyi mcm kecewa, tp tu la die. da ujung2 pembelajaran ni. mcm2 rase. jadi focus pade ape yg penting je. mmg la terase, tp mengharap buah yang tak gugur, nak buat ape kan? jd biar jela. mungkin aku tak sesuai atau aku yang memilih?? hahaha. jadi, Allah tlg la hambu mu ini. amin..
Wednesday, December 14, 2011
manager SAF
Tuesday, December 6, 2011
IN FINE, TU SPOSERAI CON LUI
Sunday, December 4, 2011
Lelaki dengan airmata
Sunday, November 27, 2011
oh patot la. asek tgk, kejap2 je da penat. kejap2 rase tak sedap. rupenye ade benda jadi. dpt call. then kate " oh, buah pinggang awak da rosak sebelah, kene buat dialisis. seminggu 3 kali." uumak ai.. gile la aku ckp. da la costing tinggi. sekali buat Rm200. kalo 3 kali seminggu da Rm600. kalo sebulan da dekat Rm1800. tak campur duet makan minum, minyak lg. mcm2. terbaek la kan. sabar ajela kan. berdoa moga tidak akan menjadi lg teruk. rase hiba, terkejut lg memeranjatkan. huish.
Thursday, November 24, 2011
Tuesday, November 22, 2011
menjadi jadi la hai~~
Wednesday, November 9, 2011
TAKDIR la naem :)
Thursday, October 13, 2011
customise your body
As with any finely-tuned machine, your body’s inner workings can be tweaked to deliver even higher levels of performance today, and toughened to save costly repairs down the line. Use this guide to keep your machine thoroughly pimped – however many miles you put on the clock.
(Words Matt Gilbert Illustration by Spoky Pooka)
IMPROVE YOUR LUNG POWER
Brunel University research found that even low levels of pollution can reduce your lungs’ ability to deliver oxygen to the blood by up to 5% when exercising. Cyclists and runners are especially vulnerable, as higher breathing rates increase the amount of particles they inhale.
YOUR MOVE
Brunel University research found that even low levels of pollution can reduce your lungs’ ability to deliver oxygen to the blood by up to 5% when exercising. Cyclists and runners are especially vulnerable, as higher breathing rates increase the amount of particles they inhale.
DODGE HEART FAILURE
Beat-to-beat changes in heart rate – known as heart rate variability (HRV) – are the sign of a healthy heart.
YOUR MOVE
HRV was 15% higher in yoga practitioners, research in the International Journal of Medical Engineering and Informatics revealed. Try this move from Triyoga teacher Jane Kersel: Form a plank position and push back into your heels. Keep your tailbone moving towards your heels and feel your core engage. Inhale. As you exhale, force the air out by contracting your belly muscles away from the floor. Repeat 20 times. Rest. Do two more sets.
UPGRADE YOUR BLOOD SUPPLY
Your blood vessels deliver fuel and oxygen to your muscles and clear away waste products. It’s well established that regular aerobic exercise keeps them in full working order.
YOUR MOVE
High-intensity interval training (HIT) improves the function and structure of your blood vessels in a fraction of the time, particularly the arteries that deliver blood to our muscles and heart, according to US research from McMaster University. Perform 10 all-out, one-minute blasts on a stationary bike with one minute of rest in between each. Doing it three times a week will definitely get the blood flowing.
Thursday, October 6, 2011
tulis, menyanyi dan melukis
Saturday, September 24, 2011
PENGGANTI BARU.
Tuesday, September 20, 2011
HEY!! WANNA BE MY SUBJECT??
Thursday, September 15, 2011
AKU BUKAN PEROKOK LA!!!
Tolong bole tak?
Wednesday, September 14, 2011
Sunday, September 4, 2011
berlagak yang hebat
OK. BG ORANG YANG PERTAMA KALI TGK DIE NI AKAN KATE, WOW!! BERLAGAKNYE BILE CAMERA BERADA DI DEPAN DIE. KIRA MCM NAK CKP DIE XGENTAR LA KAN. TP TU LA CARA DIE. BILE DIE NAK START GAME. MMG KARAKTER DIE BEGITU UTK MENGUATKAN MENTAL DIE. SEKALI TGK. MMG BERLAGAK. TP APE ADE HAL, BERLAGAK PN, XDE YG BOLE LAWAN DIE. BARU JE MENANG 200M SEMALAM. KALO TGK DIE BERLARI PN NAMPAK MCM BERLAGAK. SBB DIE DA TINGGAL KAN ORANG TU JAUH, THEN, DIE SLOW DIE PYE LANGKAH. PADAHAL BOLE SPRINT LG. APE PN, DIE MMG BERLAGAK YG HEBAT!!!
Wednesday, August 24, 2011
doa orang teraniaya
kerja atau menunjuk??
Saturday, August 13, 2011
meneraju di depan
kerenah puase
Thursday, August 4, 2011
Tips utk elakkan perut jadi buncet!
Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.
Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.
- 1.
Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.
- 2.
Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.
- 3.
Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.
- 4.
Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.
- 5.
Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !
- 6.
Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.
- 7.
Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.
- 8.
Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !
p/s: kevinzahri.com :) kongsi aje..
Tuesday, July 26, 2011
7 sebab kenape lelaki lebih mudah turunkan berat badan
Berikut adalah antara tujuk sebab lelaki lebih mudah turun berat badan berbanding wanita.
1. MEREKA TIDAK MENGIDAM MAKANAN MANIS
Bagi kebanyakan wanita, mereka mengidamkan makanan seperti aiskrim dan coklat, tetapi kebanyakan lelaki mengidamkan jenis makanan seperti stik. Kajian dari Cornell University mendapati wanita kebanyakannya akan mencari makanan yang manis untuk mengurangkan tekanan manakala lelaki lebih cenderung untuk makan makanan seperti daging di masa-masa tertentu. Kenapa ini memberi kelebihan kepada lelaki? Ini kerana mereka makan makanan yang mengandungi protein, mengenyangkan, dan mengelakkan makan secara berlebihan jauh lebih baik dari kek coklat yang wanita sukakan.
Jika anda mengidamkan sesuatu pencuci mulut atau manisan juga, cuba gabungkan makanan berkhasiat seperti protein tinggi dengan chocolate chips ataupun kacang badam.
2. DIA TIDAK BERASE STRESSDAN MARAH APABILE GAGAL TURUN KAN BERAT BADAN
Jika anda seorang wanita, anda pasti akan tertekan dan memikirkan yang anda telah gagal. Kemudian anda mula mengurung diri di dalam rumah untuk mengasingkan diri dari orang lain. Dan bagaimana pula situasi lelaki yang menghadapi masalah yang sama? Dia mungkin masih boleh tersenyum sambil menikmati snek di depan televisyen. Kemudian, dia kembali meneruskan usahanya untuk mengurangkan berat badan tanpa rasa kecewa dan marah.
Untuk mengelakkan mentaliti sebegini terjadi, cuba laksanakan panduan 80% kaum lelaki. Kebanyakan lelaki akan mengelakkan apa jua perkara yang menghalang kesempurnaan, dan perkara yang sama dilaksanakan dalam diet mereka juga. Apabila wanita mula berdiet, mereka berusaha dari 0 ke 100, dan mereka menjadi ‘sempurna’ dalam masa semalaman, dan itulah sebenarnya ciri kegagalan. Itulah sebabnya panduan 80% ini diwujudkan iaitu cuba capai target penurunan berat badan sebanyak 80% setiap hari yang anda boleh.
Sehingga pada suatu hari, ia akan menjadi 120% kerana anda akan membiasakan diri anda. Untuk hari-hari tertentu seperti PMS anda mungkin akan mencapai 50% ataupun 20% daripada target. Tiada masalah asalkan purata pencapaian anda untuk hari itu mencapai 80%.
3. MEREKE RAJIN PERGI KE GYM
Apabila kaum lelaki pergi ke gim, mereka selalunya akan memilih jenis latihan angkat berat yang membuat mereka berasa kagum jika melihat orang lain melakukan latihan angkat berat tersebut. Membina otot dalam masa yang singkat, menggunakan banyak otot dalam satu masa. Manakala bagi wanita, mereka akan memilih dumbell yang ringan dan membuat latihan yang sempurna tetapi dalam jumlah yang sedikit.
Jadi, ketepikan berat ‘Barbie’ itu. Jika anda melakukan dua set 12-15 pengulangan angkat berat, beban yang anda angkat mungkin terlalu ringan. Oleh itu, cuba pilih beban yang anda boleh angkat hanya dalam lingkungan 8 – 10 pengulangan. Apabila badan anda sudah terbiasa dengan 10 kali pengulangan, kemudian cuba tambah berat beban sehingga anda boleh membuat 3 kali pengulangan sahaja. Sekiranya anda mengamalkan latihan ini, anda akan dapat lihat otot di bahagian bawah lengan akan bertambah dan tisu-tisu lemak akan berkurangan.
4. TIDAK MENGGUNEKAN MAKANAN SEBAGAI TERAPI
Wanita juga mengalami tekanan perasaan seperti lelaki. Mereka selalunya akan makan dengan banyak ketika tertekan. Kemudian, mereka berasa brsalah kerana makan bertalu banyak dan menjadi lebih tertekan sehingga mempengaruhi untuk makan dengan lebih banyak lagi. Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.
Tetapi lelaki tidak fikir yang makanan boleh meningkatkan kembali mood mereka. Anda juga harus lah begitu.
Hentikan tabiat sebegini dan cuba kenalpasti apakah keperluan di sebalik kehendak anda itu. Cuba letakkan keinginan untuk makan yang timbul itu dari 1 hingga skala 10. Jika skalanya adalah 8, cuba lihat apa yang menyebabkannya menjadi 8. Adakah anda kena marah dengan boss di pejabat? Atau anda dikejar anjing jiran?
Dengan menyesuaikan skala tersebut dengan tahap keinginan anda untuk makan dan tahap tekanan yang anda hadapi, lama-kelamaan anda akan belajar bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sebenarnya lapar atau hanya untuk merawat perasaan anda yang ‘terluka’ itu. Dengan mengamalkan langkah sebegini, anda akan lebih bijak memilih apa yang anda ingin suapkan ke mulut anda.
5. DIE MELUAHKAN RASE MARAHNYE
Orang lelaki kebanyakannya memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti yang lebih ‘fizikal’ untuk melepaskan kemarahan mereka seperti berlari atau kickboxing. Manakala kebanyakan wanita cenderung untuk ‘menelan’ segala masalah yang mereka hadapi dengan pelbagai jenis makanan ! Oleh itu, jika anda berasa marah, cuba anda biasakan diri dengan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengubati kemarahan anda selain MAKAN. Anda boleh berlari di tepi pantai atau mungkin berjalan-jalan di kawasan taman rekreasi berdekatan untuk menenangkan fikiran anda.
6. DIE MELUANGKAN MASE UNTUK DIRINYE
Bila orang lelaki ni marah-marah, dia tak terus pergi ke peti sejuk macam kebanyakan orang perempuan. Diorang tak cari coklat ke, aiskrim ke untuk sejukkan hati mereka. Tapi kalau wanita sedang marah, mereka sanggup ambil cuti kerja! Bagi kebanyakan wanita, satu-satunya sumber hadiah atau penawar kepada kemarahan mereka adalah makanan (BACA: selain shopping, of course!).
Oleh itu, apa kata bermula hari ini luangkan masa satu jam untuk diri anda sendiri. Berikan diri anda hadiah atau ubati kemarahan anda dengan perkara lain yang lebih berfaedah seperti meluangkan masa di kempleks membeli-belah untuk window shopping. Anda juga boleh mengajak rakan-rakan anda ke spa atau saloon bersama-sama sambil update gossip terbaru.
7. DIE TIDAK PERNAH BERPATANG MAKAN!!
Apabila wanita sedang berdiet, mereka berpantang makanan-makanan tertentu sehingga mereka tidak tahan untuk melanggar pantang yang mereka cipta sendiri. Kemudian, mereka akan makan macam tak ingat dunia ! Kajian mengenai perbezaan makanan dan diet pada lelaki dan wanita di Austria mendapati pendekatan kaum lelaki terhadap khasiat sesuatu makanan tidak rumit dan lebih selesa untuk diamalkan. Mereka masih lagi makan snek semasa menonton televisyen tetapi mereka akan makan dengan kuantiti 1/3 daripada kuantiti yang mereka biasanya ambil. Kajian di US pula mendapati secara purata, wanita yang sedang berdiet selalunya akan makan secara berlebihan selepas berdiet dengan beranggapan yang mereka akan meneruskan diet tersebut supaya kurang rasa bersalah terhadap diri sendiri.
Oleh itu, jangan ‘boikot’ makanan kegemaran anda, cuma anda perlu bijak mengawal kuantiti yang anda ambil.
Selain itu, jika anda berkeinginan untuk makan makanan yang manis, cuba lakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengalihkan tumpuan daripada keinginan anda itu. Cari aktiviti yang benar-benar anda suka dan boleh menggembirakan hati dan minda anda.
reference: kevinzahri.com :)