Wednesday, August 24, 2011

doa orang teraniaya

percaya kah anda akan perkare di atas?? mmg benar. sbb mmg ade pn yg mengatekan sebegitu. dan ia sekarang telah menghantui aq. adeh.

kerana ia terjadi sekitar 2009 ker 2008. seseorang telah rase mcm aq menganiaya beliau. kemudian, beliau mengate kan ' kalo ade org dekat dgn ko, aq jamin org tu akan lari. sbb ko aq jd mcm ni!!' dgn kate2 itu. aq mule terpikir dan berdoa. ada kah ia benar?? sedangkan aq telah menanye kan pade beliau, adekah beliau dendam dgn aq? tp beliau kate tiade. tp mcm iye, xbape yakin dgn jawapan die tu.

ternyate, sampai skang, apabile ade yg mendekati aq. kemudian die akan hilang begitu saje. sedih kan? last2, dipinggirkan. ape la. xpe. allah sentiase menemani aq. syukur.

jd, jgn la anda sakiti hati orang ye. di sini jugak, aq nak mintak maap la dgn sesape yg terase or marah. kalo ade, bgtau. senang aq nak mintak maap or tebus silap tu :) percayelah..

kerja atau menunjuk??

gejala manusia di zaman serba canggih. serba serbi mahu ade utk melawan setiap org yang ade di sekeliling beliau. pantang melihat, die tetap mahu jugak ade. sebegitu juga aq. tp xla terlampau obses sgt.

yg aq nak cerite skang ni, pasal diorg ni, mahu ikut peredaran mase atau mahu menunjuk-nunjuk?? pelik, hairan serta kerisauan melihat diorang2 ini. mcm tiade mase atau tak sempat2. bukan ape, kot iye pon nak tayang yg ko tu ade ipad ke, galaxy tab ke. xpayah la sambil jln2 pn nak online. mcm businessman lak. org bisnes pn aq rase xde mcm tu. igt tgk email ke, anta email ke. rupenye, ber'facebook'. ade lg siap maen game lg. heran aq. bukan dengki, tp mcm xsesuai la. tgh jln, sesak dgn org pulak tu. kalo kene ragut ke, ape ke. tak ke susah nnti. betol x??

ade byk kejadian sebegini aq tgk. da n aq yakin dan pasti, diorg hanye nak menunjuk. sbb tempat yg xsesuai. pertame, time aq tgk beratur nak beli mkn. amboi. terpusing2 tgn aq tgk. igt sawan ke ape. sekali maen game. wow!! ramai tgk. hehehehee. kedua, time aq balik berbelanje di satu pusat beli belah ni, tgk ade sorg wanita pegang i pad. aq igt die tgh buat keje, rupenye tgh bersosial dgn benda itu. tu pn ramai yg tgk. kire hebat jugak la.

pengaruh teknologi telah mengawal minda dan kelakuan manusia. termasuk aq. hee. jd berigat sebelum kene. :)

Saturday, August 13, 2011

meneraju di depan


ok!! ni la aq bile time cuti semester 4 bulan yg mentepu kan beberape otak dan badan. cuti lame sgt. xbest. adeh. hehehe. ni la kerja aq. sbb pembantu pam kat petronas. dekat je dgn rumah. naek moto xsampai 5 minit. tp jln kaki kahu 15 ke 20 minit. kerja senang je. tp gile bosan. berdiri spjg mase. nak tercabut lutut mcm ni. tp xpe. demi mencari sesuap nasi, ku terus kan jua. hihi..

dan motor tu la aq selalu gune utk ke sane ke mari apabile moto aq kini berada di sungai buloh dgn sejahtera nye. mintak2 la. ni moto abah aq. aq pakai je. tp kdg2 tuka. die bwk moto, aq bwk kete. jd, tuka2. sharing is caring. wow!! poyo je ayat. hahaha..

tp bkn tu je keje aq, aq jugak driver kpd family aq. bile ade mase terluang je, " naem, teman mak pegi pasar." " naem, amek adek ko kat kota tinggi." " naem, sok lepas subuh anta adek ko ni balik kota tinggi, class die pukul 8pg." seronok kan. mmg bwk laju2. straight non stop. mkn mase 3 jam setengah. dgn jln simpang siur. sesak lg. nak patah pinggang rasonyo. ahahaha.

dlm penat ade jugak keluhan. tp bg aq, utk family, xpe walaupun penat n merungut. sbb time aq masih ade la diorg bole amek kesempatan ke atas aq. sbb aq xkesah. kang da xde, da xdpt berbuat bakti pade diorg kan. jd, SAYANGI LAH DIRI ANDA DAN KELUARGA!! :D

kerenah puase

ni cerite aq dpt idea dr kawan aq la. HARITH HAMBALI. gare2 die teringat aq semase kanak2 di bulan puase. nak cite benda paling dajjal aq buat tu, xde la byk. tp ade la. biase la. budak2 kan. mmg la nakal. xde la teruk sgt. biase2 aje nakalnye.

antaranye:

1. time amek bubur lambuk kat masjid, bwk tupperware besar da satu sudu di sorok kan. hahaha. abes je beratur amek bubur, pegi taman, tibai bubur tu sket2. yg penting jgn abes kan. setakat jamah je. hahaha. takot kantoi dgn mak. hahaha.

2. amik wuduk or mandi sambil minum air. hahaha. so, xla nampak sgt minum or kantoi. kan2?? sure korang pn ade buat. jgn x ngaku ye.

3. taktik terbaek adelah, pegi maen bola. pastu bile da penat. balik umah buat muke keletihan. pastu ckp kat mak, " mak, xlarat la. letih la. panas. " haha. dgn kesian mak kate, " jgn nak ngade2 heh ko. sape suh ko maen bola. gile heh??" hahaha. tu yg jd kes yg kedua kat atas ni. hahahaha

4. ni lg best. pegi bazar lepas asar. so, sekitar pukul 1645 - 1730. then ,pegi bazar beli air. pastu belasah maen bola. dan kemudian, da bole agak kan ape jd?? haus, da minum air tu kat dlm surau. hahaha. balik umah je, buat2 penat. hahaha

5. lg kejam, bile pegi surau buat megi. hahaha. yg sengalnye, buat megi dlm cerek letrik tu. hahaha. pastu time terawih je, si tukang buat air mengamuk. hahaha. sengal gile.

6. ni baru teringat. da pos, tp edit balik. ade sekali tu, time 11 ke 10 taun. maen poker dlm surau. kat tempat wanita. jd terselindung. paling nakal nye tu, mae time org tgh tadarus quran. jahil gile time tu. then kantoi. mmg kene hamun. hahaha.

7. di tempat yg same, tempat solat wanita. bile solat tarawih tamat je, kawasan tu akan gelap dan sunyi. jd aq da rakan2, mula mengorak langkah dgn bermaen ' wrestling' dan 'breakdance' dlm tu. tu aktiviti lepas tarawih n lepas kene hamun maen poker tu. hahaha..

byk lg rase. tp igt la kot. tu la zaman2 sekitar 7 - 11 taun. hahaha. teruk2. tu la kenangan time kecik2. mcm ape je. kelakar rase. korang pulak mcm mane??

Thursday, August 4, 2011

Tips utk elakkan perut jadi buncet!

Kajian perubatan mendapati, jumlah lemak yang banyak di dalam badan boleh menyumbang kepada pembentukan kanser, penyakit diabetes, masalah kolesterol tinggi dan masalah jantung. Lebih teruk lagi, ia boleh menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk menderita dengan pelbagai penyakit sepanjang hidup mereka berbanding mereka yang tidak banyak mempunyai lemak di bahagian perut walaupun mempunyai BMI yang sama.

Di artikel ini dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan untuk mengelakkan lemak-lemak berlebihan di sekitar perut anda.

  1. 1.

    Pertama sekali, ‘liposuction’, pil diet, diet secara ekstrim dan yang sewaktu dengannya sangatlah perlu dielakkan kerana ia adalah untuk kesan sementara sahaja dan ia juga boleh memberi kesan sampingan kepada diri anda. Sebagai contoh, ‘liposuction’ atau ‘sedut lemak’ ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman, manakala pil diet pula akan memberi kesan kepada sistem saraf dan ia juga mungkin dihasilkan daripada bahan-bahan yang telah di ‘ban’ atau secara tidak sah.

  2. 2.

    Anda disyorkan menambah pengambilan makanan seperti oat yang mana ia rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, dan rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya. Oat lebih elok dimakan kosong tanpa gula atau garam sekiranya anda ingin membuang lemak di perut dengan cepat. Walaubagaimanapun, jika anda tidak suka rasa yang kosong dan tawar, anda bolehlah menambah madu atau buah-buahan ke dalam hidangan oat anda.

  3. 3.

    Makanan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak, dan tomato adalah antara yang paling baik untuk menghilangkan lemak di perut. Makanan ini tidak mempunyai kalori yang tinggi tetapi mempunyai banyak serat fiber, mineral dan vitamin di dalamnya.

  4. 4.

    Selain itu, untuk mengurangkan lemak di bahagian perut, anda perlulah makan dalam jumlah yang kecil (4 – 6 hidangan) berbanding mengambil 1 – 3 hidangan yang banyak dalam sehari. Dengan berbuat demikian, kadar metabolisma anda akan meningkat kerana metabolisma tidak perlu memecahkan makanan sesukar yang dihadapi sekiranya anda makan makanan dengan jumlah yang banyak. Selain itu, dengan meminum teh atau kopi juga boleh meningkatkan metabolisma anda tetapi haruslah mengawal pengambilan minuman jenis ini.

  5. 5.

    Salah satu langkah yang paling penting untuk membantu menghapuskan lemak di bahagian perut adalah dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 – 4 kali setiap minggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat, iaitu 50% latihan dan 50% diet untuk penurunan berat badan yang ideal !

  6. 6.

    Semasa bersenam, anda disyorkan untuk bersenam sambil mendengar lagu atau apa jua jenis muzik kegemaran anda untuk membantu anda fokus semasa bersenam. Muzik dikatakan salah satu langkah untuk membantu anda kekal bertenaga dan sentiasa meningkatkan keseronokan terhadap jadual latihan senaman anda. Ia juga dapat mengelakkan anda dari berasa bosan semasa bersenam.

  7. 7.

    Sebagai tambahan kepada tips-tips di atas, anda disyorkan untuk membuat pelan latihan dan diet harian dan mematuhi pelan tersebut setiap hari. Tulis target anda, impian anda, berat badan ideal anda, dan tindakan yang anda boleh ambil untuk mencapai target untuk menghilangkan lemak di bahagian perut anda. Menetapkan target adalah cara yang baik untuk membantu anda sentiasa berada di atas ‘trek’ yang betul bukan hanya untuk menghilangkan perut buncit, malah untuk kesejahteraan hidup anda sepanjang hayat. Seperti kata pepatah, ‘Mereka yang gagal merancang adalah mereka yang merancang untuk gagal’. Dan saya pasti anda semua tidak mahu menjadi seorang yang gagal.

  8. 8.

    Akhir sekali, memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun, dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbangkan ke arah penurunan jumlah lemak di perut anda !

    p/s: kevinzahri.com :) kongsi aje..