Tuesday, December 7, 2010
AKU DAN 25 PERKARA
Monday, December 6, 2010
cuti2 di rumah
Friday, December 3, 2010
like it much!!
Sunday, November 28, 2010
my graduation
hehehe.. graduation aq yg pertama.. YA!! mmg best seronok n hebat.. meriah gile.. selepas pegi amek jubah segalenye just tinggal tunggu tarikh dier je.. mmg xsabar.. hari grade aq pade hari ahad jam 12, seat 743 dari 900++.. ramai giler.. pg tu aq rilex je.. sbb aq pegi naek motor je.. yg dtg dgn family awal2 lg da blah.. tp aq stay umah kene tunggu family sham.. aq kene anta fmily sham kat tempat dier lawan futsal.. da anta, je aq terus pecut naek moto.. siap2 semua.. habes lincah la buat semua tu.. last ly, aq jmpe semua kwn2 aq time belajar diploma dulu.. dr shahputra, instedt n yg terbaru dr shah alam.. mmg best.. bual2 pjg.. amek2 gambar.. tp gambar aq xbyk pn.. sbb byk borak dr amek gambar.. hehehe.. then beratur pjg b4 masuk dewan.. mmg pjg n lame.. time dlm dewan tu, org2 mmg ramai.. tgk je.. pasang2 video.. ade satu part tu aq tibe2 nanges.. serious.. tibe2.. semua org tgk aq.. tau nape.. da 2 kali aq grade, parents aq xdtg.. aq terkenangkan diorg, tu yg aq nanges.. xtahan.. semua terkejut.. haha.. rase mcm kelakar.. tp tu la.. aq sorg2 je dr start sampai la abes.. da abes semua pyampaian, PRO CANCELOR bg ucapan.. dier kate, selama 40 tahun dier keje dgn uitm ni, ni la 1st time dier tgk convo paling bising.. xproper.. hahaha.. sorak2, jerit.. tp dier kate korg ni buat sejarah,. pandai dier buat lawak.. hahhaa.. da abes je, kuar dewan je, ujan.. aq terus belah n pulang jubah.. ujan reda je, aq terus balik.. tunggu lame2, lagi la aq nanges lg.. hehehe.. tp lastly, da ok.. everything berlaku dgn hebat sekali.. org tye, mane bunge? lagi la sedih.. sebab aq pegang skroll tu je.. kosong.. sedih.. tp ok la.. janji aq da grade.. :)
Wednesday, November 24, 2010
Ezrin Shazwani Bt Ahmad Azwan Effendy
Saturday, November 20, 2010
sukan asia ' takraw oh takraw'
Monday, November 15, 2010
apa sudah jadi??
Sunday, November 14, 2010
.....
Monday, November 8, 2010
BERINGATLA YE..
Saturday, November 6, 2010
got from facebook!!
Thank Your Fans!
Naem, here are your biggest fans:
Cak Effendy 140 posts | Mohd Azrisham 21 posts | Nurul Bakar 18 posts | Liza D`marsopo 18 posts | Wm Hakim Nadiyah 10 posts |
Harith Hambali Hatch 8 posts | Ekinn Ahm 5 posts | Diana Kayat 5 posts | Ajiq La 4 posts | Ask Don`t 4 posts |
Friday, November 5, 2010
kehadiran seseorang
si mulut longkang
Thursday, November 4, 2010
mereke ini
Sunday, October 31, 2010
AKU LELAKI
Saturday, October 30, 2010
hitam!
Thursday, October 21, 2010
tahniah ye..
haa.. ni lagi sorg.. mmg terbaek la.. since i knew her, mmg la pandai gile minah ni..pantang ckp, ade je jwapan dier.. bole nampak kan kepandaian dier.. nak tau nape aq letak dier kt sini.. saje nak cerite yg dier ni baru dapat anugerah best student uitm kt kolej aq.. mmg gempak habes minah ni.. tp mmg xbole sangkal la.. mmg dier pandai pn dr sekolah lg.. tahniah ye.. tgk adek beradek dier pn da tau da.. hihi.. good luck.. :)
people change
Tuesday, October 19, 2010
kelebihan malaysia
Thursday, October 14, 2010
wow hebat!!
Wednesday, October 13, 2010
the end of semester
Saturday, October 9, 2010
maaf ye
Sunday, September 26, 2010
Monday, September 20, 2010
kenape aq di uji?
Mengapa aku diuji?"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang dusta" (Surah Al-Ankabut : 2-3)
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (Surah Al-Baqarah : 216)
Kenapa aku diuji seberat ini?"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (Surah Al-Baqarah : 286)
Kenapa rasa frust?"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang2 yang beriman" (Surah Ali Imran : 139)
Bagaimana harus aku menghadapinya?"Wahai orang2 yang beriman ! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan,dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya" (Surah Ali Imran : 200)
"Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah : 45)
Apa yang aku dapat daripada semua ini?"Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhannya.Demikianlah balasan bagi yang berbuat baik" (Surah Az-Zumar : 34)
Kepada siapa aku nak bergantung?"Cukuplah bagiku Allah,tiada tuhan selain dariNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal" (Surah At-Taubah : 109)
KepadaMu kami memohon, kami yakin janji - janjiMu, dan penerimaanMu akan doa -doa kami,dan kata-kataMu adalah benar semata-mata,
sesungguhnya Engkau telah berfirman "berdoalah kepadaKu dan Aku perkenankan Doa kau" Ya Allah, perkenankan doa semua kami.
hari raye,,
Tuesday, September 14, 2010
:)
Thursday, September 2, 2010
puasa terakhir
Sunday, August 29, 2010
after my diploma
Saturday, August 28, 2010
ari ke-19
petanda dier jodoh kita
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
p/s : ni ape aq dpt n kongsi la kt kwn2.. gune tips ni.. insyallah berguna.. gud luck! :D